Dalam istilah di bawah, "Google Ads" boleh bermaksud Google Ads atau Google Ads Express, mengikut kesesuaian.
Tersedia kepada pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Amerika Syarikat sahaja. Satu kod promosi untuk setiap pengiklan.
Untuk mengaktifkan tawaran ini: Masukkan kod promosi dalam akaun anda sebelum 31 Disember 2020. Untuk mengambil bahagian dalam tawaran ini, anda perlu memasukkan kod dalam masa 14 hari dari tarikh tera iklan pertama anda disiarkan daripada akaun Google Ads pertama anda.
Untuk memperoleh kredit: Selepas memasukkan kod, kempen pengiklanan anda mesti mengakru kos sekurang-kurangnya sebanyak $50, tidak termasuk sebarang cukai, dalam masa 30 hari. Membuat pembayaran sebanyak $50 sahaja adalah tidak mencukupi. Penjejakan kos pengiklanan untuk mencapai $50 bermula selepas anda memasukkan kod.
Setelah kriteria 2 & 3 dipenuhi, kredit biasanya akan dimasukkan dalam Ringkasan Bil akaun anda dalam masa 5 hari.
Kredit digunakan untuk kos pengiklanan pada masa hadapan sahaja. Kredit tidak boleh digunakan untuk kos yang terakru sebelum kod dimasukkan.
Anda tidak akan menerima pemberitahuan setelah kredit anda habis digunakan dan sebarang kos pengiklanan tambahan akan dicaj pada bentuk pembayaran anda. Jika anda tidak mahu meneruskan pengiklanan, anda boleh menjeda atau memadamkan kempen anda pada bila-bila masa.
Akaun anda mesti berjaya dibilkan oleh Google Ads dan kekal dalam kedudukan yang baik untuk layak mendapat kredit promosi.